Thursday, October 15, 2015

set berpantang lengkap untuk isteri tersayang

Assalamualaikum.
Post kali ni saya nak bercerita pula tentang set berpantang terbaik..semestinya shaklee lah kan..
Apa yang ada dalam set berpantang shaklee?
Kenapa perlu berpantang dengan Set Bersalin Shaklee?

Jom saya kongsikan dengan anda semua.


🌷Vita- Lea with iron formula

Ibu yang sedang berpantang digalakkan mengambil vita-lea sebab semasa berpantang banyak makanan yang kita tidak boleh makan. Jadi badan kita akan kekurangan beberapa nutrisi penting. Ibu bersalin banyak kehilangan darah selepas bersalin dan perlu ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk menggantikan semula darah yang hilang. Vitalea Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya. Kalau nak breastfeed baby, pengambilan zat besi adalah sangat penting. Vita-lea tak boleh diambil dengan minuman bersusu dan berkafein kerana ia akan mengurangkan keberkesanan penyerapan zat besi oleh badan. Minum bersama air putih ataupun jus yang kaya vitamin C adalah terbaik kerana vitamin C membantu penyerapan zat besi oleh badan. Sebab itu biasanya saya akan syorkan pelanggan mengambil vitamin C shaklee bersama vitalea.

🌷vitamin B Complex

Fungsinya untuk membantu menstabilkan hormon badan kita. Jika kurang B complex,  ibu dalam pantang boleh mengalami gangguan emosi. B-comple Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang. Vitamin B juga berfungsi menukarkan makanan kepada tenaga.

🌷Zinc Complex

Ibu yang tidak boleh makan ikan haruan atau pati ikan haruan boleh mengambil zinc complex sebagai pengganti ikan haruan. Zink adakah unsur yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan terutama luka dalaman (rahim). Ibu yang bersalin secara ceasarean mesti ambil zinc untuk mempercepatkan luka jahitan cepat sembuh. Pengambilan zink bagi ibu yang menyusu akan membantu anak yang disusukan membesar dgn baik. Dan yang tidak kurang penting juga, Zink  mengurangkan masalah rambut gugur selepas bersalin dan Membantu mengatasi masalah kedinginan selepas bersalin.

🌷Vitamin C

Berkonsepkan pelepasan masa.
Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara konsisten. Vitamin c sangat diperlukan dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran, Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan dan Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin.

Set bersalin Shaklee ini memang sudah terbaik. Ibu bersalin pasti sihat dan ceria. Tapi masih belum gembira lagi ni.  Jangan risau. Kalau nak gembira kenalah add on esp dan ostematrix sekali.

🌷Energizing Soy Protein

Minuman berprotein tinggi yang membantu memberi tenaga kepada ibu berpantang dan menyusu. Menggalakkan penghasilan susu badan. Ibu menyusu perlu amalkan esp kerana protein yang mencukupi dalam susu ibu membantu bayi naik berat badan dengan normal sekaligus membantu menurunkan berat badan ibu.

🌷Ostematrix

Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium secukupnya untuk ibu berpantang. Kalsium yang cukup dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi, mengelakkan berlaku kekejangan kaki/tangan dan sakit pinggang. Ostematrix juga sangat membantu mengatasi masalah sembelit ibu selepas bersalin.

Selain itu, saya juga syor Alfafa complex
untuk ibu kerana manfaatnya yang sangat banyak kepada ibu iaitu:




 Oleh itu, bakal ayah sekalian, apa kata sediakan yang terbaik untuk isteri kesayangan anda dengan menghadiahkan set berpantang shaklee ini.

Tuan/puan boleh hubungi saya untuk berbincang mengenai set pantang shaklee yang paling sesuai dengan budget tuan/puan.

Saya seorang shaklee's consumer dan juga shaklee distributer.

Ummu naurah
013-3014573
Sid 1194767