Tuesday, May 7, 2019

Tips sahur paling mudah

Salam 3 Ramadan.

Sempat tak bangun sahur hari ni?

Agaknya kalau terbangun lagi 5 minit sebelum azan subuh sempat tak nak sahur?

Sempat kalau awak ada standby Performance Drink kat rumah

1 minit je diperlukan untuk bancuh segelas  performance drink.

Atau lagi mudah kalau malam sebelum tidur dah memang bancuh siap², masuk dalam peti ais.. so bangun sahur tinggal minum je

Makan juga 3 biji kurma kalau masih ada masa

Tidaklah kenyang TAPI cukup untuk bantu bagi tenaga dan kekal terhidrasi ketika berpuasa 😊








#shakleesitiawan
#shaklee
#isotonic
#airisotonik
#energybooster
#resepisahur
#resepiberbukapuasa
#performancedrink
#selamatbersahur
#selamatberbukapuasa
#shakleemalaysia
#limewater
#komunitiilovemanjunh
#komunitisitiawan

Monday, December 10, 2018

Kurang kalsium selepas bersalin




TESTIMONI OSTEMATRIK UNTUK IBU MENYUSU.

Suka untuk saya kongsikan fakta² ini:


🌷KEPERLUAN KALSIUM🌷

Badan memerlukan sekitar 1,000mg kalsium setiap hari.

Wanita hilang kalsium semasa mengandung, menyusu dan menopous.

Lelaki juga hilang kalsium tetapi lebih perlahan, seiring peningkatan usia.

Kerap melakukan senaman untuk menguatkan tulang seperti berjalan cepat.

Amalkan makanan seimbang dan kurangkan minum kopi.

Keperluan kalsium lebih tinggi ketika mengandung dan menyusukan baby kerana ibu perlu berkongsi kalsium dengan baby.

Untuk mencukupkan keperluan kalsium harian, ambillah Ostematrik Shaklee setiap hari macam cik puan ni.

Ostematrik Shaklee bukan sekadar kalsium sebab ia juga mengandungi magnesium, boron, vitamin D, zink, kuprum dan mangan untuk tulang yang kuat.

Nak order, whatsapp 013-3014573.

#shakleesitiawan
#shakleeid1194767
#shakleeperak
#calcium
#breastfeeding
#ibumengandung
#ibumenyusu
#menopous
#sitiawan
#manjung

Thursday, October 4, 2018

Sembelit ketika berpantang

Rasa kasihan dgn rintihan ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan masih dalam pantang..

Kesakitan bersalin masih lagi terasa, luka jahitan masih belum sembuh, malah ditambah lagi dengan sembelit atau susah untuk buang air besar. Kasihan ibu-ibu mengalami sembelit sehingga mendapat buasir.. Allahu sakitnya..







Bila dah jadi buasir, langkah terbaik, ibu perlulah dapatkan rawatan di hospital. Doktor akan bekalkan ubat yang bersesuaian.

Tapi..lebih baik kalau dapat elakkan sembelit daripada berlaku kepada ibu selepas bersalin. 

Sebab itu, sebelum bersalin ibu sediakanlah sebotol ostematrik Shaklee.. bukan keperluan baby je kena sediakan, tapi keperluan untuk ibu pun tidak kurang pentingnya.

Ostematrik ataupun kalsium Shaklee boleh membantu melembutkan najis, so dalam keadaan jahitan yang masih belum sembuh ibu-ibu mudah untuk buang air dan tidak perlu merasai sembelit yang menyakitkan ketika berpantang.

Selain itu, ada juga ibu yang mengalami sembelit seawal mengandung lagi.. percayalah, sembelit ketika mengandung atau selepas melahirkan sangat menguji emosi ibu. Apatah lagi jika ianya membawa kepada buasir..

Semoga ibu-ibu dapat melalui proses kehamilan dan berpantang dengan ceria.

Testimoni ostematrik:



Saya sendiri berpengalaman berpantang 2 orang anak dgn ostematrik Shaklee.. sekarang saya mahu berkongsi pula dengan ibu-ibu lain di luar sana. 

Untuk dapatkan ostematrik, tekan je link ini. www.wassap.my/60133014573.




Friday, August 17, 2018

Minyak Ikan Omega Guard Shaklee

Sebelum membeli, anda perlu tahu kenapa MINYAK IKAN ini istimewa.

Minyak ikan mengandungi lemak tidak tepu (PUFAs) OMEGA 3 yang tinggi. Omega 3 adalah lemak sihat yang sangat baik dan diperlukan untuk menyokong fungsi badan. Omega 3 juga mempunyai sifat ANTIRADANG.

Kesan anti radang daripada minyak ikan lebih bergantung pada EPA.

DHA berfungsi lebih kepada membantu perkembangan kognitif dan mental kanak-kanak. DHA juga meningkatkan saiz molekul LDL untuk mencegah masalah penyempitan salur darah.

Omega 3 dalam minyak ikan juga berguna bagi pesakit kardiovaskular dan mereka yang ada rheumatoid arthritis.

Walaubagaimana pun, kita mesti berhati- hati tentang pengumpulan merkuri dalam badan akibat pengambilan minyak ikan yang tidak disuling yang boleh memudaratkan fungsi mental dan memori kita. Lautan kita telah banyak dikontaminasi dan toksin yang dibuang oleh manusia, akhirnya masuk ke dalam sistem makanan kita sendiri seperti logam berat merkuri, dioxin, PCBs, furan dll. Oleh itu, kita mesti berhati- hati semasa memilih minyak ikan dan pastikan bahawa minyak ikan tersebut telah disuling menggunakan teknik "molecular distillation" untuk mengeluarkan toksin yang ada di dalam minyak ikan tersebut. Oleh itu, amat penting, kita sebagai pengguna membeli dari sumber yang dipercayai dan dihasilkan mengikut piawaian antarabangsa.

MINYAK IKAN OMEGA GUARD SHAKLEE menjadi pilihan NO.1 dan diyakini selamat kerana:

1) Diperoleh daripada ikan kecil. Ikan besar lebih banyak mengumpul toksin logam berat.

2) Gred farmaseutikal - Minyak ikan sebegini melalui banyak proses penapisan serta mempunyai ketulenan yang tinggi.



3) Dihasilkan melalui proses penyulingan molekul yang bertujuan untuk mengasingkan EPA dan DHA daripada plumbum, arsenik, merkuri, kadmium, dioksin, PCBs dan bahan tercemar lain. Proses ini juga mengurangkan pengoksidaan dan pembentukan lemak trans, dan memimimakan bau dan rasa ikan.

4) Tiada pewarna, perasa dan pengawet tiruan.

5) Bebas kolesterol dan gluten.

6) Mudah ditelan.

7) Kandungan dalam setiap kapsul:

Total omega 3-fatty acids 333mg
EPA (eicosapentaenoic acid) 182mg
DHA (docosahexaenoic aci) 120mg

8) Omega Guard Shaklee mempunyai kandungan EPA dan DHA yang lebih tinggi berbanding minyak ikan jenama lain.



Sekiranya ingin mendapatkan OMEGA GUARD SHAKLEE, boleh hubungi saya 013-3014573. Links whatsapp www.wassap.my/60133014573

Terima kasih dan kongsikan post ini jika anda rasa ia memberi manfaat kepada orang lain.

UMMU NAURAH,
Pengedar Shaklee Lekir/Sitiawan
ID 1194767


Monday, October 9, 2017

Multivitamin untuk kanak-kanak umur setahun ke atas

Permulaan kisah naurah dan mealshakes adalah apabila dia disahkan kurang berat badan (underweight) masa berumur 2 tahun. Ketika tu berat naurah hanya 8.8kg je, tak de pertambahan berat sejak umur 1 tahun 10 bulan.

Apa sebab berat naurah tak bertambah? Sebabnya dia kurang makan,  hanya nak harapkan susu ummi je. Makan nasik dan lauk sikit2 je..Manalah cukup utk menampung keperluan nutrisi badan kanak-kanak yg nak membesar.

Ummi dah cuba macam2 untuk bagi naurah berselera makan.. Dah cuba masakkan makanan secreative mungkin utk tarik minat dia tapi tetap tak jalan.

Ummi pikir, lebih baik bagi naurah cuba MEALSHAKES SHAKLEE sebab ianya multivitamin yg kaya dengan KARBOHIDRAT,  SERAT, PROTEIN dan nutrisi-nutrisi lain yag diperlukan oleh tubuh kanak-kanak.


So, apa yg ummi buat adalah, setiap hari bancuh susu dutch lady full krim (susu ni je yang dia nak minum, susu formula lain atau susu kambing dia taknak) dan tambahkan satu sudu kecil mealshakes dlm susu.

Setiap hari ummi buat, kadang2 bagi dia minum waktu pagi, kadang waktu malam sebelum tidur.

Perubahan selepas hampir 2 minggu ummi konsisten beri naurah minum mealshakes adalah naurah dah makin selera makan. Sebelum ni naurah picky eater - tak makan buah, tak makan kuih, kurang selera makan nasik dan lauk, dan kerap sembelit.

So sekarang bila dia dah berselera nak makan, ummi pun cuba masak pelbagai menu supaya dia tak bosan. Nurse cakap  kena ajar/biasakan anak utk makan dan suka makan. Jangan biasakan anak tak sarapan contohnya. Jadi ummi kenalah  buat menu yang anak suka utk biasakan dia makan.

Contohnya untuk breakfast ummi buatkan roti telur yang digoreng dgn butter. Menu ni ummi bagi dia makan untuk beberapa hari. After few days tukar buat cucur atau lempeng manis. Dan menu2 lain contohnya nasi lemak, donut, karipap, kuih tepung talam (yang ini memang dia suka). Kadang ada jgk bagi cereal  dan susu.

Untuk lauk lunch dan dinner selain masakan berasaskan sup dan goreng, ummi buatkan juga masakan bersantan contohnya sayur sayuran masak lemak, ayam masak kari, ikan masak sos dll. Udang pun naurah suka makan.

Kadang2 ummi buatkan juga pasta sup atau goreng. Pun sama, masukkan sedikit butter dlm masakan. Kalau ada cheese pun bagus.

Penting sebenarnya untuk include butter dan santan dlm makanan anak sebab ia akan menambah kalori dlm setiap hidangan. Barulah berat badan cepat naik. Tapi ibu kenalah pandai seimbangkan, kalau terlalu banyak pun boleh memudaratkan jgk.

Kalau biskut, naurah suka biskut yg tak manis dan tanpa krim. Contohnya macam biskut cream crackers hup seng, itu antara yang tinggi kalori.

Buah buahan yang dia suka makan sekarang ni - tembikai susu, anggur, betik, jambu air.

Setiap bulan ummi kena bawa naurah ke klinik utk timbang berat. Dan alhamdulillah setiap bulan jgk beratnya bertambah. Bulan pertama berat bertambah 500g, dan yang terbaru beratnya 10.60kg. Pertambahan sebanyak 1.8kg dlm masa 5 bulan. Bmi dah cantik akhirnya, nurse dan doktor pun puas hati.

Selain tu, naurah sekarang ni dah tak sembelit lagi. Kandungan serat dlm mealshakes membantu melancarkan buang air besar. Bila naurah dah tak sembelit, selera makan pun jadi semakin baik jugalah.

Lagi satu kalau anak yang mudah kena selesema/batuk, mak boleh cuba bagi mealshakes utk kuatkan sistem imunisasi badan anak.


Walaupun berat badan dah ok, tapi ummi tetap akan bagi naurah mealshakes setiap hari untuk cukupkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan anak yang semakin membesar, semakin aktif dan semakin banyak akalnya 😊

Ummi percaya mak ayah lain pun akan buat macam ummi juga untuk pastikan anak-anak membesar dengan sihat, aktif dan ceria.

Sekian kisah naurah dan mealshakes.

Terima kasih yg sudi baca sampai habis.

Kalau nak order mealshakes jugak utk anak kesayangan puan/tuan, boleh whatsapp:
ummu naurah 013-3014573
Pengedar shaklee Sitiawan/Manjung/Lekir/Lumut dan kawasan sekitarnya.


Monday, August 21, 2017

Tips makan iron tablet untuk ibu mengandung

Ramai ibu2 yang mengadu tak boleh nak telan iron tablet semasa mengandung.
Ada yg cakap sebab tak tahan baunya.
Kalau paksa telan, jadi muntah akhirnya.
So kat sini ummi nak bagi sedikit tips macamana nak ambil iron tablet.

Iron tablet yang ummi ambil sepanjang pregnant ni nama dia VITALEA WITH IRON FORMULA.
Iron dalam vitalea tu berfungsi untuk tambah darah dan naikkan Hb ibu.
Bagi ummi, Vitalea ni baunya tak sekuat iron tablet yang lain so ummi masih boleh telan walaupun ketika alahan.

🌷So masa 1st trimester (alahan teruk) ummi akan makan vitalea iron sebelum tidur malam.
🌷 Ummi ambil sebiji Vitamin C bersama iron tablet sebab vitamin c membantu penyerapan iron.
🌷Jangan ambil iron tablet semasa perut kosong sebab akan menyebabkan ibu rasa loya dan muntah.
🌷Waktu pagi pun tak sesuai ambil iron tablet ni walaupun lepas breakfast. Ummi dah cuba beberapa kali, memang muntah semula.
 🌷 Make sure jgn makan iron tablet dgn sebarang minuman berkafein dan susu ye. Sebab akan ganggu penyerapan iron. Membazir je nanti.
🌷 Makan iron tablet dengan air kosong ataupun jus buah.

Ok itu sahaja tips dari ummi mengikut pengalaman dan sedikit pengetahuan yang ada ❤

Semoga dapat membantu ibu2 terus sihat sepanjang tempoh kehamilan.

Untuk order VITALEA WITH IRON:

WhatsApp 013-3014573 (ummu naurah).
Pengedar shaklee Sitiawan/Manjung/Lekir dan kawasan sekitarnya.





Sunday, August 13, 2017

Keperluan utama ibu selepas bersalin




Selalunya bila customer tanya tentang set berpantang shaklee, yang paling utama ummi akan cadangkan protein dan kalsium.

Sebab apa tau tak?

1) Ibu dalam pantang perlu mengambil secukupnya makanan sumber protein seperti ikan, ayam, telur dan kekacang. Sumber protein amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Salah satu fungsi protein adalah pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh.

Selain itu, makanan ini juga membekalkan zat besi besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran  dan dapat mencegah masalah anemia. Kekacang juga merupakan sumber serat yang baik.

Ibu selepas bersalin juga memerlukan banyak protein untuk membekalkan tenaga kepada ibu. Oleh itu, elakkan amalan hanya mengambil ikan kering semasa berpantang kerana ini boleh memudaratkan kesihatan kesihatan. Pastikan diet harian ibu mengandungi sumber makanan daripada kumpulan ini.

2) kalsium sangat penting sepanjang tempoh hamil sehinggalah menyusui bayi. Jika ibu tidak mengambil kalsium tambahan untuk memenuhi keperluan pertumbuhan bayi, maka tubuh akan ‘mengambilkan’ untuk si kecil tambahan kalsium dari tulang ibu. Ini menyebabkan kepadatan tulang ibu menurun, begitu juga gigi, dan timbullah masalah gigi mudah goyang/tercabut dan rasa ngilu pada tubuh, tangan/kaki mudah mengalami kekejangan disertai meningkatnya risiko tulang patah ketika cedera.

Sebab itu ummi akan mencadangkan ibu2 selepas bersalin (dan ketika mengandung) untuk amalkan Energizing soy protein dan ostematrix.

1) Energizing soy protein - minuman berprotein tinggi untuk top up keperluan protein ibu dan baby. Membekalkan tenaga kepada ibu dan menjadikan susu ibu pekat dan baby kenyang lebih lama. So ini akan membantu menaikkan berat badan baby.

10 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung dan Menyusu Berdasarkan Testimoni;

🌸Bagi tenaga semasa hamil, semasa proses bersalin dan ketika berpantang.
🌸Bagi rasa kenyang yang lama
🌸Kulit ibu makin cerah dan licin
🌸Kulit baby halus dan gebu
🌸Tiada stretch mark dan stretch mark yang lama pun hilang
🌸Masalah gastrik dan pedih ulu hati hilang
🌸Bantu masalah diabetes (GDM) ketika hamil
🌸Hemoglobin (HB) tiada masalah
🌸Berat badan tak naik banyak atau berlebihan
🌸Susu badan meriah dan pekat

2) Ostematrix ataupun pil kalsium shaklee -  juga mengandungi vitamin D dan magnesium yang berfungsi untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

Kesan kepada ibu yang mengambil ostematrix:

 ❤Tiada masalah kekejangan (cramps) dan ngilu terutamanya pada kaki, tangan, pinggang dan jari-jari.
 ❤Buangair besar lancar, tiada masalah sembelit.
❤ Memelihara gigi ibu -  Tiada masalah gigi bergoyang dan sakit gigi.
 ❤ Membantu banyakkan susu ibu.


So, semoga ibu-ibu tidak meremehkan pengambilan protein dan kalsium selepas bersalin nanti (lagi bagus amalkan sedari awal mengandung). Ini untuk memastikan kesihatan ibu-ibu juga kan ;)

Ibu-ibu berminat tak nak cuba kedua-dua supplemen ni?

Whatsapp ummu naurah 013-3014573

ID Shaklee 1194767

Kawasan COD; Sitiawan/Manjung/Lekir/Lumut dan sekitarnya.

Pos ke seluruh Malaysia