Monday, October 9, 2017

Multivitamin untuk kanak-kanak umur setahun ke atas

Permulaan kisah naurah dan mealshakes adalah apabila dia disahkan kurang berat badan (underweight) masa berumur 2 tahun. Ketika tu berat naurah hanya 8.8kg je, tak de pertambahan berat sejak umur 1 tahun 10 bulan.

Apa sebab berat naurah tak bertambah? Sebabnya dia kurang makan,  hanya nak harapkan susu ummi je. Makan nasik dan lauk sikit2 je..Manalah cukup utk menampung keperluan nutrisi badan kanak-kanak yg nak membesar.

Ummi dah cuba macam2 untuk bagi naurah berselera makan.. Dah cuba masakkan makanan secreative mungkin utk tarik minat dia tapi tetap tak jalan.

Ummi pikir, lebih baik bagi naurah cuba MEALSHAKES SHAKLEE sebab ianya multivitamin yg kaya dengan KARBOHIDRAT,  SERAT, PROTEIN dan nutrisi-nutrisi lain yag diperlukan oleh tubuh kanak-kanak.


So, apa yg ummi buat adalah, setiap hari bancuh susu dutch lady full krim (susu ni je yang dia nak minum, susu formula lain atau susu kambing dia taknak) dan tambahkan satu sudu kecil mealshakes dlm susu.

Setiap hari ummi buat, kadang2 bagi dia minum waktu pagi, kadang waktu malam sebelum tidur.

Perubahan selepas hampir 2 minggu ummi konsisten beri naurah minum mealshakes adalah naurah dah makin selera makan. Sebelum ni naurah picky eater - tak makan buah, tak makan kuih, kurang selera makan nasik dan lauk, dan kerap sembelit.

So sekarang bila dia dah berselera nak makan, ummi pun cuba masak pelbagai menu supaya dia tak bosan. Nurse cakap  kena ajar/biasakan anak utk makan dan suka makan. Jangan biasakan anak tak sarapan contohnya. Jadi ummi kenalah  buat menu yang anak suka utk biasakan dia makan.

Contohnya untuk breakfast ummi buatkan roti telur yang digoreng dgn butter. Menu ni ummi bagi dia makan untuk beberapa hari. After few days tukar buat cucur atau lempeng manis. Dan menu2 lain contohnya nasi lemak, donut, karipap, kuih tepung talam (yang ini memang dia suka). Kadang ada jgk bagi cereal  dan susu.

Untuk lauk lunch dan dinner selain masakan berasaskan sup dan goreng, ummi buatkan juga masakan bersantan contohnya sayur sayuran masak lemak, ayam masak kari, ikan masak sos dll. Udang pun naurah suka makan.

Kadang2 ummi buatkan juga pasta sup atau goreng. Pun sama, masukkan sedikit butter dlm masakan. Kalau ada cheese pun bagus.

Penting sebenarnya untuk include butter dan santan dlm makanan anak sebab ia akan menambah kalori dlm setiap hidangan. Barulah berat badan cepat naik. Tapi ibu kenalah pandai seimbangkan, kalau terlalu banyak pun boleh memudaratkan jgk.

Kalau biskut, naurah suka biskut yg tak manis dan tanpa krim. Contohnya macam biskut cream crackers hup seng, itu antara yang tinggi kalori.

Buah buahan yang dia suka makan sekarang ni - tembikai susu, anggur, betik, jambu air.

Setiap bulan ummi kena bawa naurah ke klinik utk timbang berat. Dan alhamdulillah setiap bulan jgk beratnya bertambah. Bulan pertama berat bertambah 500g, dan yang terbaru beratnya 10.60kg. Pertambahan sebanyak 1.8kg dlm masa 5 bulan. Bmi dah cantik akhirnya, nurse dan doktor pun puas hati.

Selain tu, naurah sekarang ni dah tak sembelit lagi. Kandungan serat dlm mealshakes membantu melancarkan buang air besar. Bila naurah dah tak sembelit, selera makan pun jadi semakin baik jugalah.

Lagi satu kalau anak yang mudah kena selesema/batuk, mak boleh cuba bagi mealshakes utk kuatkan sistem imunisasi badan anak.


Walaupun berat badan dah ok, tapi ummi tetap akan bagi naurah mealshakes setiap hari untuk cukupkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan anak yang semakin membesar, semakin aktif dan semakin banyak akalnya 😊

Ummi percaya mak ayah lain pun akan buat macam ummi juga untuk pastikan anak-anak membesar dengan sihat, aktif dan ceria.

Sekian kisah naurah dan mealshakes.

Terima kasih yg sudi baca sampai habis.

Kalau nak order mealshakes jugak utk anak kesayangan puan/tuan, boleh whatsapp:
ummu naurah 013-3014573
Pengedar shaklee Sitiawan/Manjung/Lekir/Lumut dan kawasan sekitarnya.


No comments:

Post a Comment