Monday, October 9, 2017

Multivitamin untuk kanak-kanak umur setahun ke atas

Permulaan kisah naurah dan mealshakes adalah apabila dia disahkan kurang berat badan (underweight) masa berumur 2 tahun. Ketika tu berat naurah hanya 8.8kg je, tak de pertambahan berat sejak umur 1 tahun 10 bulan.

Apa sebab berat naurah tak bertambah? Sebabnya dia kurang makan,  hanya nak harapkan susu ummi je. Makan nasik dan lauk sikit2 je..Manalah cukup utk menampung keperluan nutrisi badan kanak-kanak yg nak membesar.

Ummi dah cuba macam2 untuk bagi naurah berselera makan.. Dah cuba masakkan makanan secreative mungkin utk tarik minat dia tapi tetap tak jalan.

Ummi pikir, lebih baik bagi naurah cuba MEALSHAKES SHAKLEE sebab ianya multivitamin yg kaya dengan KARBOHIDRAT,  SERAT, PROTEIN dan nutrisi-nutrisi lain yag diperlukan oleh tubuh kanak-kanak.


So, apa yg ummi buat adalah, setiap hari bancuh susu dutch lady full krim (susu ni je yang dia nak minum, susu formula lain atau susu kambing dia taknak) dan tambahkan satu sudu kecil mealshakes dlm susu.

Setiap hari ummi buat, kadang2 bagi dia minum waktu pagi, kadang waktu malam sebelum tidur.

Perubahan selepas hampir 2 minggu ummi konsisten beri naurah minum mealshakes adalah naurah dah makin selera makan. Sebelum ni naurah picky eater - tak makan buah, tak makan kuih, kurang selera makan nasik dan lauk, dan kerap sembelit.

So sekarang bila dia dah berselera nak makan, ummi pun cuba masak pelbagai menu supaya dia tak bosan. Nurse cakap  kena ajar/biasakan anak utk makan dan suka makan. Jangan biasakan anak tak sarapan contohnya. Jadi ummi kenalah  buat menu yang anak suka utk biasakan dia makan.

Contohnya untuk breakfast ummi buatkan roti telur yang digoreng dgn butter. Menu ni ummi bagi dia makan untuk beberapa hari. After few days tukar buat cucur atau lempeng manis. Dan menu2 lain contohnya nasi lemak, donut, karipap, kuih tepung talam (yang ini memang dia suka). Kadang ada jgk bagi cereal  dan susu.

Untuk lauk lunch dan dinner selain masakan berasaskan sup dan goreng, ummi buatkan juga masakan bersantan contohnya sayur sayuran masak lemak, ayam masak kari, ikan masak sos dll. Udang pun naurah suka makan.

Kadang2 ummi buatkan juga pasta sup atau goreng. Pun sama, masukkan sedikit butter dlm masakan. Kalau ada cheese pun bagus.

Penting sebenarnya untuk include butter dan santan dlm makanan anak sebab ia akan menambah kalori dlm setiap hidangan. Barulah berat badan cepat naik. Tapi ibu kenalah pandai seimbangkan, kalau terlalu banyak pun boleh memudaratkan jgk.

Kalau biskut, naurah suka biskut yg tak manis dan tanpa krim. Contohnya macam biskut cream crackers hup seng, itu antara yang tinggi kalori.

Buah buahan yang dia suka makan sekarang ni - tembikai susu, anggur, betik, jambu air.

Setiap bulan ummi kena bawa naurah ke klinik utk timbang berat. Dan alhamdulillah setiap bulan jgk beratnya bertambah. Bulan pertama berat bertambah 500g, dan yang terbaru beratnya 10.60kg. Pertambahan sebanyak 1.8kg dlm masa 5 bulan. Bmi dah cantik akhirnya, nurse dan doktor pun puas hati.

Selain tu, naurah sekarang ni dah tak sembelit lagi. Kandungan serat dlm mealshakes membantu melancarkan buang air besar. Bila naurah dah tak sembelit, selera makan pun jadi semakin baik jugalah.

Lagi satu kalau anak yang mudah kena selesema/batuk, mak boleh cuba bagi mealshakes utk kuatkan sistem imunisasi badan anak.


Walaupun berat badan dah ok, tapi ummi tetap akan bagi naurah mealshakes setiap hari untuk cukupkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan anak yang semakin membesar, semakin aktif dan semakin banyak akalnya 😊

Ummi percaya mak ayah lain pun akan buat macam ummi juga untuk pastikan anak-anak membesar dengan sihat, aktif dan ceria.

Sekian kisah naurah dan mealshakes.

Terima kasih yg sudi baca sampai habis.

Kalau nak order mealshakes jugak utk anak kesayangan puan/tuan, boleh whatsapp:
ummu naurah 013-3014573
Pengedar shaklee Sitiawan/Manjung/Lekir/Lumut dan kawasan sekitarnya.


Monday, August 21, 2017

Tips makan iron tablet untuk ibu mengandung

Ramai ibu2 yang mengadu tak boleh nak telan iron tablet semasa mengandung.
Ada yg cakap sebab tak tahan baunya.
Kalau paksa telan, jadi muntah akhirnya.
So kat sini ummi nak bagi sedikit tips macamana nak ambil iron tablet.

Iron tablet yang ummi ambil sepanjang pregnant ni nama dia VITALEA WITH IRON FORMULA.
Iron dalam vitalea tu berfungsi untuk tambah darah dan naikkan Hb ibu.
Bagi ummi, Vitalea ni baunya tak sekuat iron tablet yang lain so ummi masih boleh telan walaupun ketika alahan.

🌷So masa 1st trimester (alahan teruk) ummi akan makan vitalea iron sebelum tidur malam.
🌷 Ummi ambil sebiji Vitamin C bersama iron tablet sebab vitamin c membantu penyerapan iron.
🌷Jangan ambil iron tablet semasa perut kosong sebab akan menyebabkan ibu rasa loya dan muntah.
🌷Waktu pagi pun tak sesuai ambil iron tablet ni walaupun lepas breakfast. Ummi dah cuba beberapa kali, memang muntah semula.
 🌷 Make sure jgn makan iron tablet dgn sebarang minuman berkafein dan susu ye. Sebab akan ganggu penyerapan iron. Membazir je nanti.
🌷 Makan iron tablet dengan air kosong ataupun jus buah.

Ok itu sahaja tips dari ummi mengikut pengalaman dan sedikit pengetahuan yang ada ❤

Semoga dapat membantu ibu2 terus sihat sepanjang tempoh kehamilan.

Untuk order VITALEA WITH IRON:

WhatsApp 013-3014573 (ummu naurah).
Pengedar shaklee Sitiawan/Manjung/Lekir dan kawasan sekitarnya.





Sunday, August 13, 2017

Keperluan utama ibu selepas bersalin




Selalunya bila customer tanya tentang set berpantang shaklee, yang paling utama ummi akan cadangkan protein dan kalsium.

Sebab apa tau tak?

1) Ibu dalam pantang perlu mengambil secukupnya makanan sumber protein seperti ikan, ayam, telur dan kekacang. Sumber protein amat penting untuk memulihkan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Salah satu fungsi protein adalah pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh.

Selain itu, makanan ini juga membekalkan zat besi besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran  dan dapat mencegah masalah anemia. Kekacang juga merupakan sumber serat yang baik.

Ibu selepas bersalin juga memerlukan banyak protein untuk membekalkan tenaga kepada ibu. Oleh itu, elakkan amalan hanya mengambil ikan kering semasa berpantang kerana ini boleh memudaratkan kesihatan kesihatan. Pastikan diet harian ibu mengandungi sumber makanan daripada kumpulan ini.

2) kalsium sangat penting sepanjang tempoh hamil sehinggalah menyusui bayi. Jika ibu tidak mengambil kalsium tambahan untuk memenuhi keperluan pertumbuhan bayi, maka tubuh akan ‘mengambilkan’ untuk si kecil tambahan kalsium dari tulang ibu. Ini menyebabkan kepadatan tulang ibu menurun, begitu juga gigi, dan timbullah masalah gigi mudah goyang/tercabut dan rasa ngilu pada tubuh, tangan/kaki mudah mengalami kekejangan disertai meningkatnya risiko tulang patah ketika cedera.

Sebab itu ummi akan mencadangkan ibu2 selepas bersalin (dan ketika mengandung) untuk amalkan Energizing soy protein dan ostematrix.

1) Energizing soy protein - minuman berprotein tinggi untuk top up keperluan protein ibu dan baby. Membekalkan tenaga kepada ibu dan menjadikan susu ibu pekat dan baby kenyang lebih lama. So ini akan membantu menaikkan berat badan baby.

10 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung dan Menyusu Berdasarkan Testimoni;

🌸Bagi tenaga semasa hamil, semasa proses bersalin dan ketika berpantang.
🌸Bagi rasa kenyang yang lama
🌸Kulit ibu makin cerah dan licin
🌸Kulit baby halus dan gebu
🌸Tiada stretch mark dan stretch mark yang lama pun hilang
🌸Masalah gastrik dan pedih ulu hati hilang
🌸Bantu masalah diabetes (GDM) ketika hamil
🌸Hemoglobin (HB) tiada masalah
🌸Berat badan tak naik banyak atau berlebihan
🌸Susu badan meriah dan pekat

2) Ostematrix ataupun pil kalsium shaklee -  juga mengandungi vitamin D dan magnesium yang berfungsi untuk membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

Kesan kepada ibu yang mengambil ostematrix:

 ❤Tiada masalah kekejangan (cramps) dan ngilu terutamanya pada kaki, tangan, pinggang dan jari-jari.
 ❤Buangair besar lancar, tiada masalah sembelit.
❤ Memelihara gigi ibu -  Tiada masalah gigi bergoyang dan sakit gigi.
 ❤ Membantu banyakkan susu ibu.


So, semoga ibu-ibu tidak meremehkan pengambilan protein dan kalsium selepas bersalin nanti (lagi bagus amalkan sedari awal mengandung). Ini untuk memastikan kesihatan ibu-ibu juga kan ;)

Ibu-ibu berminat tak nak cuba kedua-dua supplemen ni?

Whatsapp ummu naurah 013-3014573

ID Shaklee 1194767

Kawasan COD; Sitiawan/Manjung/Lekir/Lumut dan sekitarnya.

Pos ke seluruh Malaysia





Thursday, June 8, 2017

Gusi berdarah semasa mengandung

Assalamualaikum.
Terima kasih sudi singgah di sini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kpd semua 😊

Masih lagi topik berkenaan ibu Mengandung..

Ibu mengandung selalu ada masalah gusi berdarah kan.

Ini info yang ummi dapat dari nurse klinik kesihatan:

Vitamin K sangat penting utk tujuan pembekuan darah. Kekurangan vitamin K akan menyebabkan gusi berdarah dan mulut menjadi tidak sihat.

Oleh itu penting untuk ibu2 mengambil multivitamin yang lengkap dengan vitamin K untuk penjagaan mulut terutamanya gusi.

Ummi sendiri pulih multivitamin vitalea yang lengkap dengan 28 jenis Vitamin dan mineral.

Ini termasuk 5 vitamin yang baik untuk gigi dan gusi iaitu vitamin A, B, C, D dan K.

Selain itu, ummi pulih multivitamin vitalea sebab ia mengandungi asid folik dan iron (zat besi) untuk memastikan bacaan haemoglobin (hb) sentiasa normal semasa hamil.

1 multivitamin, lengkap utk keperluan ibu dan bayi dlm perut 😊 





Alhamdulillah, mengandung kali ke 2 ni banyak beza dgn kandungan pertama 3 tahun lepas.

Kalau dulu hb bawah 10, sekarang alhamdulillah maintain 12 ke atas.

Gusi pun lebih sihat, takdelah keluar darah merah pekat tu..Kalau ada pun sikit2 saje.

Sebab itulah, di samping mengambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang, ummi galakkan ibu2 ambil multivitamin vitalea ni yang dah pun berusia 100 tahun.

In shaa Allah sangat membantu kesihatan ibu semasa hamil dan selepas bersalin.

Sekian dulu dari ummi.

Pengedar Shaklee Sitiawan.
Ummu Naurah (Id 1194767)
013-3014573




Thursday, June 1, 2017

Pakej Set Berpantang Shaklee

Supplement dalam set berpantang shaklee yang utama:

1)      ESP (Protein)
·         Membantu penyembuhan luka dan parut
·         Membantu banyakkan susu dan pekatkan susu badan
·         Memberikan tenaga kepada ibu
·         Mencantikkan kulit ibu dan bayi

2)      VITALEA  (Multivitamin with iron)
·         Untuk menambah darah, elakkan rasa pitam dan letih.
·         Menyokong kesihatan keseluruhan ibu dan bayi.

3)      VITAMIN C
·         Menguatkan imunisasi ibu semasa berpantang
·         Membantu pulihkan luka selepas bersalin
·         Mencerahkan kulit

4)      B COMPLEX
·         Melancarkan peredaran darah
·         Membantu mengatasi stress

Juga boleh tambah vitamin-vitamin ini untuk ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif:

5)      ALFALFA (Jamu moden)
·         Sebagai milkbooster
·         Menbantu membuang angina dalam badan dan melawaskan
·         Memulihkan dalaman ibu selepas bersalin
·         Memulihkan dan memelihara asset wanita
·         Memperbaiki hormon wanita selepas bersalin

6)      OSTEMATRIK (Kalsium)
·         Menguatkan tulang dan gigi
·         Mengatasi sembelit dan buasir
·         Mengelakkan sakit badan terutamanya pinggang, tapak kaki dan belakang badan

7)      OMEGA GUARD
·         Membantu membakar lemak
·         EPA dan DHA baik untuk perkembangan otak bayi

8)      LECITHIN
·         Membantu mengatasi bengkak susu
·         Memecahkan lemak

3 Jenis Pakej Set Berpantang Shaklee:

1)      SET BERPANTANG BASIC
·         ESP (850g)
·         VITAMIN C (180 biji)
·         OSTEMATRIX (120 biji)

2)      SET BERPANTANG LENGKAP
·         ESP (850g)
·         VITALEA (120 biji)
·         VITAMIN C (180 biji)
·         ALFALFA (330 biji)
·         OSTEMATRIX (120 biji)

3)      SET BERPANTANG EKSKLUSIF
·         ESP (850g)
·         ESP (850g)
·         VITALEA (120 biji)
·         VITAMIN C (180 biji)
·         ALFALFA (330 biji)
·         OSTEMATRIX (120 biji)
·         B COMPLEX (120 biji)
·         OMEGA GUARD (90 biji)
·         LECITHIN (120 biji)

Hubungi 013-3014573 untuk sebarang pertanyaan dan pesanan setiap pakej .
Ummu Naurah (ID 1194767)
Pengedar Shaklee Sitiawan/Lekir/Manjung

Tuesday, January 17, 2017

keperluan protein Ibu Mengandung

Assalamualaikum wbt. 
Terima kasih sebab sudi singgah di blog saya.

Sebenarnya sangat teruja untuk menulis entry kali ini memandangkan entry ini adalah yang pertama untuk tahun 2017 ;)


Seperti tajuknya, entry kali ini khas untuk bakal2 ibu mahupun ibu2 mengandung sekalian. Ia berkaitan tentang nutrisi yang diperlukan oleh ibu mengandung dan untuk bahagian pertama ini, saya nak fokus kepada 'PROTEIN' sahaja. Selamat membaca dan semoga bermanfaat. 


Apakah fungsi protein kepada ibu mengandung dan bayi di dalam perut ibu?


1) Membentuk sel darah merah. 

Semasa mengandung, sel darah merah ibu di bahagi kepada dua iaitu untuk ibu dan untuk janin. Jika pembentukan sel darah merah kurang atau tidak mencukupi, ibu akan mengalami anemia. Anemia adalah penyakit kekurangan sel darah merah dan menyebabkan ibu letih dan tidak bertenaga.

2) Membentuk sel-sel yang sihat.

Protein berperanan dalam penghasilan sel-sel pada ibu dan janin seperti otot, tulang, mata, kulit, jantung dan hati. Pembentukan sel yang sihat akan membantu janin membesar dengan normal dan  menghindarkan risiko kecacatan pada bayi 

3) Membantu menguatkan rahim ibu.


4) Membantu penghasilan susu ibu.


Protein yang diperlukan oleh ibu hamil adalah sebanyak 60 gram sehari. Oleh itu, ibu disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi protein dalam diet harian. Antara makanan yang disarankan adalah seperti telur, kekacang, tempe, daging dan brokoli.


Selain itu, saya juga syorkan minuman berprotein tinggi iaitu Energizing Soy Protein (ESP) sebagai sumber protein ibu dan janin. ESP membantu ibu untuk lebih sihat dan membekalkan tenaga lebih lama kepada ibu. Selain itu, ESP juga bebas kolesterol dan gula. Jadi ia membantu menghindarkan risiko kencing manis dan darah tinggi untuk ibu dan bayi. 





So, untuk ibu sekalian, saya sangat galakkan untuk ambil makanan yang tinggi protein untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi. 

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut tentang ESP shaklee, ibu boleh hubungi saya di 013-3014573. 

Ummu Naurah, 
Pengedar Shaklee Sitiawan 
Id 1194767 

Enjoying the pregnancy journey 😊😊😊