Tuesday, January 17, 2017

keperluan protein Ibu Mengandung

Assalamualaikum wbt. 
Terima kasih sebab sudi singgah di blog saya.

Sebenarnya sangat teruja untuk menulis entry kali ini memandangkan entry ini adalah yang pertama untuk tahun 2017 ;)


Seperti tajuknya, entry kali ini khas untuk bakal2 ibu mahupun ibu2 mengandung sekalian. Ia berkaitan tentang nutrisi yang diperlukan oleh ibu mengandung dan untuk bahagian pertama ini, saya nak fokus kepada 'PROTEIN' sahaja. Selamat membaca dan semoga bermanfaat. 


Apakah fungsi protein kepada ibu mengandung dan bayi di dalam perut ibu?


1) Membentuk sel darah merah. 

Semasa mengandung, sel darah merah ibu di bahagi kepada dua iaitu untuk ibu dan untuk janin. Jika pembentukan sel darah merah kurang atau tidak mencukupi, ibu akan mengalami anemia. Anemia adalah penyakit kekurangan sel darah merah dan menyebabkan ibu letih dan tidak bertenaga.

2) Membentuk sel-sel yang sihat.

Protein berperanan dalam penghasilan sel-sel pada ibu dan janin seperti otot, tulang, mata, kulit, jantung dan hati. Pembentukan sel yang sihat akan membantu janin membesar dengan normal dan  menghindarkan risiko kecacatan pada bayi 

3) Membantu menguatkan rahim ibu.


4) Membantu penghasilan susu ibu.


Protein yang diperlukan oleh ibu hamil adalah sebanyak 60 gram sehari. Oleh itu, ibu disarankan untuk mengambil makanan yang tinggi protein dalam diet harian. Antara makanan yang disarankan adalah seperti telur, kekacang, tempe, daging dan brokoli.


Selain itu, saya juga syorkan minuman berprotein tinggi iaitu Energizing Soy Protein (ESP) sebagai sumber protein ibu dan janin. ESP membantu ibu untuk lebih sihat dan membekalkan tenaga lebih lama kepada ibu. Selain itu, ESP juga bebas kolesterol dan gula. Jadi ia membantu menghindarkan risiko kencing manis dan darah tinggi untuk ibu dan bayi. 





So, untuk ibu sekalian, saya sangat galakkan untuk ambil makanan yang tinggi protein untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi. 

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut tentang ESP shaklee, ibu boleh hubungi saya di 013-3014573. 

Ummu Naurah, 
Pengedar Shaklee Sitiawan 
Id 1194767 

Enjoying the pregnancy journey 😊😊😊